Thursday, March 24, 2011

Radiasi dalam makanan Di Jepun

TOKYO: Air paip di Tokyo didapati mengandungi kadar iodin radioaktif dua kali lebih tinggi daripada yang dikira selamat untuk kanak-kanak. Tahap iodin radioaktif dalam paip air di pusat rawatan air pinggir Tokyo mendapati bekalan air yang disalurkan ke paip mengandungi 210 becquerels. Kadar itu melebihi dua kali had yang disarankan iaitu 100 becquerels seliter.
Bayi di Tokyo tidak seharusnya diberi minum air paip walaupun tahapnya tidak memberikan risiko pada kesihatan dengan serta merta kepada golongan dewasa. Radiasi turut menyerap dalam sayur, susu mentah, bekalan air dan air laut di kawasan sekeliling loji itu. SEORANG petani mencurah susu ke dalam lubang untuk ditimbus di daerah Itate, Fukushima selepas pihak berkuasa mendedahkan pencemaran radiasi dalam produk tenusu.
Brokoli turut termasuk dalam senarai sayur tercemar yang turut merangkumi bayam, bunga matahari dan canola. Penduduk di timur laut Jepun sebelum ini dinasihatkan supaya tidak minum air dari paip berikutan tahap iodin radioaktif tinggi yang boleh menyebabkan barah tiroid.
Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat berkata mereka menghentikan pengimportan produk tenusu dan bahan mentah dari wilayah Fukushima.

Produk lain yang diimport dari Jepun termasuk makanan laut akan terus dijual kepada orang ramai tetapi perlu menjalani imbasan radiasi terlebih dulu.

Amerika mengimport kurang empat peratus makanan dari Jepun dan FDA berkata pihaknya tidak menjangka risiko radiasi terhadap bekalan makanan.
Tahap radiasi juga melebihi had selamat membabitkan 11 jenis sayur di kawasan sekitar loji nuklear Fukushima, selain susu dan air.

Jepun sudah menghentikan penghantaran makanan tertentu dari kawasan berkenaan dan meminta penduduk berhenti makan sayur berdaun.

Benar la Firman Allah...
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Surah al-Rum, ayat 41)

Sumber Berita Harian

0 comments:

Radiasi dalam makanan Di Jepun

0 comments