Monday, March 21, 2011

Kisah Chernobyl - the ghost city

Letupan loji janakuasa kat Jepun mengingatkan malapetaka yang berlaku di Chernobyl. Ia terletak sebuah bandar bernama Pripyat, Ukraine (dulu dikenali sebagai Ukrainian SSR) . Malapetaka ini berlaku pada 26 April 1986, pukul 1.23 di Loji Janakuasa Nuklear Chernobyl, 25 tahun yang lalu. Letupan ini adalah yang kejadian yang paling teruk dalam sejarah loji janakuasa nuklear. Ia dikelaskan pada level 7 oleh International Nuclear Event Scale.
Loji Janakuasa Nuklear Chernobyl mempunyai 4 reaktor nuklear, setiap reaktor boleh menghasilkan 1 GW (1 gigawatt) kuasa electrik. Pada masa kejadian itu, 4 reaktor menghasilkan 10% kegunaan tenaga electrik di Ukraine. Janakuasa ini dibina pada tahun 1970-an. Punca sebenar kejadian ini sampai sekarang belum dikenalipasti. Ramai percaya malapetaka ini disebabkan oleh masalah teknikal dan kecacatan kobinasi rekabentuk reaktor

Pelepasan tenaga adalah setara 10 Hiroshima dan membunuh ribuan nyawa. Dianggarkan kematian 16 000 orang. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9000 orang dan boleh mencapai sehingga 93000 orang.
Letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku .Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Untuk mereka yang selamat, penyakit-penyakit seperti leukemia (kanser darah), kanser paru-paru, kanser tiroid, kanser payudara, dan kanser organ lain boleh muncul kerana radiasi yang diterima.Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat.
akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah.

0 comments:

Kisah Chernobyl - the ghost city

0 comments