Ahli Fizik

Ahli fizik adalah ahli sains yang pakar dalam bidang fizik. Ahli fizik belajar fenomena fizikal dalam satu julat yang luas menjangkaui semua skala: daripada jirim-jirim sub-atom yang mana ia merupakan entiti asas bagi semua jirim hinggalah kepada kelakuan bahan alam semesta sebagai satu jasad (kosmologi). Terdapat cabang-cabang di dalam fizik dan setiap satunya mempunyai kelebihannya yang tersendiri termasuklah ahli astrofizik, ahli geofizik dan ahli biofizik.

Kerjaya sebagai ahli fizik biasanya memerlukan seorang yang berkelayakan doktor falsafah, PhD. Ahli fizik biasanya diambil bekerja di universiti sebagai professor, pensyarah dan penyelidik dalam industri. walau bagaimana pun, mereka boleh gunakan kepakaran mereka dalam bahagian yang lain di dalam ekonomi, terutamanya kejuruteraan, pengkomputeran dan kewangan.

Antara Ahli-ahli Fizik Yang Terkenal.

1. Albert Einstein

Albert EinsteinAlbert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Ulm di selatan negera Jerman anak kepada Hermann Einstein dan Pauline, Einstein dibesarkan di Munich. Einstein tidak berupaya bertutur sehingga berumur tiga tahun. Menurut teori terbaru tentang perkembangan mentalnya, beliau dianggap menghidapi sindrom Asperger, sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme.

Pada tahun 1894, keluarga Einstein berpindah ke Milan selepas kegagalan perniagaan elektrokimia ayahandanya. Einstein dihantar oleh ibubapanya ke Switzerland untuk menghabiskan pendidikan menengah selepas kegagalannya dalam peperiksaan kemasukan "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische Hochschule) di Zurich disebabkan kegagalannya bahagian sastera walaupun beliau sungguh kukuh dalam bahagian sains dan matematik. Pada 1896, Einstein menyerahkan kerakyatan Jermannya untuk mengelakkan pengerahan tentera dan menjadi seorang yang tidak bernegara.

Selepas menghabiskan pendidikan menengahnya, Einstein memasuki Institut Politeknik Zurich selama empat tahun untuk mengambil pengajian perguruan bagi mengajar sains di sekolah menengah. Walaupun cerdik, beliau bukan merupakan seorang penuntut yang luar biasa. Pada tahun 1900, Einstein mencapai diploma perguruannya dan diterima sebagai rakyat Switzerland pada 1901.

Pada 1902, seorang anak perempuan luar nikah yang dilahirkannya selepas Einstein jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary. Beliau tidak pernah melihat anaknya yang diserahkan untuk dijadikan anak angkat. Dua tahun kemudian, mereka berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, iaitu Hans dan Eduard Albert. Hans menjadi seorang profesor dalam kejuruteraan hidraulik di Universiti California, Berkeley, sedangkan Eduard menghidapi skizofrenia dan kemudian maut di rumah sakit otak.

Pada tahun 1905, Einstein mencapai ijazah kedoktorannya selepas penyerahan tesisnya, "Cara baru untuk menentu dimensi molekul" ("Eine neue Bestimmung der Moleküldimensionen").

Einstein bercerai dengan Mileva pada 1919 dan berkahwin dengan Elsa Löwenthal, saudari sepupunya yang berumur tiga tahun lebih daripada Einstein. Elsa telah menjaganya sewaktu beliau menghidapi penyakit patah jiwa serta penyakit perut yang amat teruk. Mereka tidak mempunyai sebarang anak daripada perkahwinan ini.

Einstein mati pada pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya. Abu mayatnya disebar di lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Dr. Thomas Stoltz Harvey, ahli patologi yang melaksanakan autopsi Einstein, telah mengawet otaknya. Walau bagaimanapun, Harvey tidak mendapati sebarang yang luar biasa mengenai otak Einstein, akan tetapi pada 1999, analisis lanjutan oleh sepasukan di Universiti McMaster mendedahkan bahawa otak Einstein tidak mempunyai bahagian operkulum parietal. Sebagai ganti, lobus parietal inferiornya lebih lebar sebanyak 15% daripada yang biasa. (Bahagian parietal inferior bertanggungjawab kepada pemikiran matematik, kognisi visuospatial, dan imejan pergerakan.) Otak Einstein juga didapati mengandungi 73% lebih banyak sel glia daripada otak yang biasa

2. Archimedes

Archimedes dari Syracuse.Archimedes (bahasa Yunani: Αρχιμήδης; k.k. 287 SM – 212 SM) adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi, dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanah jajahan Syracuse, Sicily, Itali. Beliau telah dianggap oleh sesetengah ahli sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno yang terutama. Carl Friedrich Gauss yang sering dipanggil sebagai ahli matematik yang paling terpengaruh, mendakwa bahawa Archimedes adalah salah satu daripada tiga ahli matematik yang paling penting (yang lain itu ialah Isaac Newton dan Ferdinand Eisenstein). Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung".

Biografi ringkas

Archimedes ialah saudara kepada keluarga pemerintahan Syracuse (Saracussia), sebuah kemaharajaan bandar pelabuhan. Raja Hiero II yang, menurut khabar angin, merupakan bapa saudara Archimedes, menitahkannya untuk mereka bentuk dan memasang siap sebuah kelas kapal yang baru untuk angkatan tentera laut yang amat penting untuk mengekalkan kelas pemerintahan di Syracuse. Hiero II telah berjanji memberikan banyak biji-bijian kepada Rom di utara sebagai ganti untuk keamanan. Menghadapi perang apabila tidak dapat menunaikan janjinya, Hiero II menitahkan Archimedes untuk mengembangkan sebuah baj mewah/bekalan/perang besar yang dapat diubahkan mengikut keperluan-keperluan angkatan tentera laut yang berubah-ubah. Mengikut khabar angin, Skru Archimedies sebenarnya merupakan suatu rekaan yang tidak sengaja kerana dia memerlukan suatu alat untuk membuang air bilga. Kapal itu yang dinamakan Saracussia sempena negaranya mungkin merupakan sebuah mitos. Tidak terdapat rekod seni faundri atau barang-barang lain untuk menyokong ciptaan ini. Kapal ini hanya disokong oleh huraian Plato yang mengatakan bahawa "ia merupakan persamaan paling megah yang pernah belayar."

Archimedes diberikan penghargaan untuk banyak rekaan dan temuan, dengan sebilangannya masih digunakan pada hari ini seperti skru Archimedes. Dia masyhur untuk kapi majmuk, sebuah sistem kapi yang digunakan untuk mengangkat beban-beban yang berat seperti kapal. Archimedes membuat banyak mesin perang untuk Hiero II, penaung dan kawannya. Dia juga menghasilkan banyak karya mengenai geometri yang termasuk mengira luas permukaan dan isi padu pepejal dengan tepat. Karya yang memberikannya kemasyhuran ialah teori jasad-jasad terapung. Dia menyediakan hukum-hukum pengapungan dan mengembangkan prinsip Archimedes yang masyhur.

3.Isaac Newton
Sir Isaac Newton (4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.

Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di county Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.

Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.

Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.

Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.

Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.

Beliau telah menemui Hukum gerakan Newton.

Ahli Fizik

0 comments