Bayi di Tokyo tidak seharusnya diberi minum air paip walaupun tahapnya tidak memberikan risiko pada kesihatan dengan serta merta kepada golongan dewasa. Radiasi turut menyerap dalam sayur, susu mentah, bekalan air dan air laut di kawasan sekeliling loji itu.
SEORANG petani mencurah susu ke dalam lubang untuk ditimbus di daerah Itate, Fukushima selepas pihak berkuasa mendedahkan pencemaran radiasi dalam produk tenusu. Brokoli turut termasuk dalam senarai sayur tercemar yang turut merangkumi bayam, bunga matahari dan canola.
Penduduk di timur laut Jepun sebelum ini dinasihatkan supaya tidak minum air dari paip berikutan tahap iodin radioaktif tinggi yang boleh menyebabkan barah tiroid.
Penduduk di timur laut Jepun sebelum ini dinasihatkan supaya tidak minum air dari paip berikutan tahap iodin radioaktif tinggi yang boleh menyebabkan barah tiroid. Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat berkata mereka menghentikan pengimportan produk tenusu dan bahan mentah dari wilayah Fukushima.

Produk lain yang diimport dari Jepun termasuk makanan laut akan terus dijual kepada orang ramai tetapi perlu menjalani imbasan radiasi terlebih dulu.
Amerika mengimport kurang empat peratus makanan dari Jepun dan FDA berkata pihaknya tidak menjangka risiko radiasi terhadap bekalan makanan.
Tahap radiasi juga melebihi had selamat membabitkan 11 jenis sayur di kawasan sekitar loji nuklear Fukushima, selain susu dan air.
Jepun sudah menghentikan penghantaran makanan tertentu dari kawasan berkenaan dan meminta penduduk berhenti makan sayur berdaun.
Jepun sudah menghentikan penghantaran makanan tertentu dari kawasan berkenaan dan meminta penduduk berhenti makan sayur berdaun.

Benar la Firman Allah...
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Surah al-Rum, ayat 41)
Sumber Berita Harian




Punca sebenar kejadian ini sampai sekarang belum dikenalipasti. Ramai percaya malapetaka ini disebabkan oleh masalah teknikal dan kecacatan kobinasi rekabentuk reaktor
Letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku .Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini.
Untuk mereka yang selamat, penyakit-penyakit seperti leukemia (kanser darah), kanser paru-paru, kanser tiroid, kanser payudara, dan kanser organ lain boleh muncul kerana radiasi yang diterima.Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.
Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.