Sempena minggu sains dan matematik, Panitia Fizik smtp akan mengadakan pertandingan roket air. Pertandingan ini terbuka kepada semua kelas.
Hari : rabu
Tarikh : 12 mei 2010
Waktu : 3.00 – 5.00 ptg
Syarat pertandingan:
1. Roket disediakan oleh pelajar
2. Setiap kelas diwakili oleh 4-5 orang
3. Pemarkahan di nilai dari aspek:
A) Rekabentuk
B) Ketahanan
C) Jarak mendarat
Cara Mudah Membuat Roket Air
ROKET
Roket boleh dibuat daripada botol air terpakai saiz 500 ml atau 1.5 L. Lagi besar lagi tinggi pergi roket dan lebih masa diperlukan untuk mengepam. Botol air diubahsuai menggunakan beberapa botol atau plastik supaya mendapat bentuk roket. Sayap diperlukan pada bawah roket untuk penerbangan yang baik. Gunakan tape atau apa yang sesuai untuk menyambungkan bahagian roket. Muncung roket juga perlu berat sedikit (seberat duit 50 sen), letak plastesin atau apa-apa yang sesuai dan selamat pada dalam muncung roket supaya roket boleh pergi tegak.
PELANCARAN ROKET
- Masukkan air dalam roket.
- Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.
Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada tapak pelancar. - Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Jangan pam terlalu banyak angin , kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.
Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket dijangka akan jatuh. - Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar 1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter , sementara botol besar boleh pergi setinggi 200 meter.
selamat mencuba.......
Physics is fun
0 comments:
Post a Comment